Rokok, arak tidak bercukai dilupus - Utusan Malaysia

Rokok, arak tidak bercukai dilupus

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelbagai barangan rampasan rokok dan arak tidak bercukai bernilai RM2.5 juta dilupuskan selepas mendapat arahan mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelupusan membabitkan 30 kes yang selesai siasatan dan pendakwaan mulai 2018.

“Sepanjang 2018 hingga Oktober lalu, sebanyak 467 siri serbuan, tangkapan dan rampasan melibatkan penyeludupan rokok dan arak tidak bercukai telah dijalankan di seluruh negeri.

“Sebanyak 162 daripada jumlah tersebut adalah kes-kes yang disiasat IPD Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Seri Alam di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967. Kita melaksanakan pelupusan bagi 30 kes yang telah selesai dari sudut siasatan dan pendakwaan serta mendapat arahan melupuskan barang-barang rampasan bernilai RM2.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN