Rogol OKU, dua buruh binaan Myanmar disambung reman - Utusan Malaysia

Rogol OKU, dua buruh binaan Myanmar disambung reman

DUA warga Myanmar dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Berang di Hulu Terengganu, Terengganu bagi memohon sambungan reman hari ini. -UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Reman dua buruh binaan warga Myanmar yang dipercayai merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah kongsi di Ajil disambung empat hari lagi bermula esok.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu direman selama tujuh hari pada Jumaat lalu. 

Terdahulu suspek ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Ajil setelah mangsa berusia 23 tahun itu yang merupakan OKU pekak dan bisu memberitahu keluarganya mengenai kejadian itu. 

Dalam kejadian pada 11 November lalu, mangsa yang dikatakan berada di ruang dapur rumahnya telah diperdaya ke rumah kongsi suspek yang terletak kira-kira 50 meter daripada kediamannya, antara pukul 7.30 hingga 8 malam.  UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya