RM6 bilion peruntukan TVET nilai tambah pada rakyat  - Utusan Malaysia

RM6 bilion peruntukan TVET nilai tambah pada rakyat 

MOHD. NIZAR SUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Peruntukan sebanyak RM6 bilion untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) jelas menunjukkan sektor ini berkembang dan  diberikan perhatian khusus sebagai nilai tambah kepada rakyat di negara ini.

Pengerusi Eksekutif  Yayasan Pelajaran Mara (YPM),  Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM 29 juta akan disediakan kepada  pelajar-pelajar sekolah  pondok dan tahfiz  bagi mengikuti  latihan TVET.

Selain itu katanya, peruntukan pinjaman RM300 juta turut  disediakan kepada 24,000 pelajar TVET.

“YPM  berpandangan peruntukan khas RM1.5 bilion bagi Program Jaringan Prihatin kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk meningkatkan capaian internet merupakan satu usaha murni oleh pihak kerajaan yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar dalam akses sumber pembelajaran atas talian. 

“ Kami  amat menghargai komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh pembangunan Bumiputera dengan meningkatkan peruntukan daripada RM8 bilion pada tahun lalu dan  kepada RM11.1 bilion pada tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Nizar berkata, YPM komited memastikan perancangan setiap program yang dirancang akan dilaksanakan dengan sempurna, berkesan dan memberi impak kepada para pelajar dengan bentuk tawaran baharu  sesuai dengan situasi Covid-19 yang melanda negara kini.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya