RM50,000 setiap DUN bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

RM50,000 setiap DUN bantu mangsa banjir

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan tunai RM50,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain banjir, bantuan itu juga membantu penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu.

Katanya, sumbangan itu diagihkan secara terus kepada golongan sasar di kawasan masing-masing.

“Bantuan ini di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 4 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.95 juta yang akan disalurkan melalui semua 59 Pusat Khidmat DUN, termasuk 24 ADUN pembangkang.

“Sumbangan ini tanda keprihatinan pentadbiran kerajaan negeri kepada semua golongan sasar yang memerlukan pembelaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bagi meringankan beban mereka mengharungi tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya