RM12 juta untuk selenggara ban di dua daerah - Utusan Malaysia

RM12 juta untuk selenggara ban di dua daerah

Ir. Izham Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan pusat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengukuhan ban di dua daerah di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan  Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, peruntukan berkenaan melibatkan kerja-kerja penyelenggaran di daerah Klang dan juga Kuala Selangor. 

Menurutnya, kerja-kerja tersebut telah dilakukan bagi menghadapi fenomena air pasang besar bermula September hingga November lalu di dua daerah tersebut. 

“Bagi daerah Klang, kerja-kerja menaik taraf ban telah dilakukan di Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Serdang melibatkan sepanjang lapan kilometer (km) dan 3.8 km. 

“Manakala bagi daerah Kuala Selangor pula melibatkan Kampung Tok Adam dan Kampung Sungai Janggut,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Terdahulu, Daroyah bertanya berkenaan perancangan tambahan kerajaan negeri ketika menghadapi fenomena air pasang besar dan langkah memperkukuh ban khususnya di DUN Sementa. 

Menjelaskan perkara itu, Izham yang juga ADUN Pandan Indah berkata, kerajaan negeri melalui JPS kini dalam proses mereka bentuk ban agar kukuh dan mampu menghalang kemasukan air pasang besar di lokasi berkenaan. 

“Dalam proses tersebut, kita mengambil kira kesan pemanasan global dan peningkatan aras air laut dalam menyediakan perancangan reka bentuk bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan.

“Manakala, bagi perancangan jangka masa panjang dan pendek sedang dilakukan kerajaan negeri dengan meningkatkan kekerapan pemantauan dan pemeriksaan keadaan benteng ketika air pasang besar berlaku ataupun sebelum berlaku.

“Pembaikan kecil dan kerja-kerja penyelenggaraan benteng juga sedang giat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan mengurus negeri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, persiapan dan operasi pam bergerak juga diaktifkan bagi kawasan-kawasan yang berisiko dinaiki air laut ketika fenomena air pasang besar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya