RM116,000 bantu rumah anak yatim dan kebajikan bukan Islam - Utusan Malaysia

RM116,000 bantu rumah anak yatim dan kebajikan bukan Islam

MOHD. Khairuddin (dua dari kanan) sedang beramah mesra dengan salah sebuah penyelia rumah kebajikan di bangunan SUK, Shah Alam, Selangor hari ini- UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam membantu rumah pelindungan yang diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalankan aktiviti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM116,000 kepada 29 buah rumah anak yatim dan bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, setiap rumah anak yatim dan kebajikan itu mendapat peruntukkan RM4,000 bagi membantu menjalankan sebarang aktiviti atau program.

“Ini kali pertama kita memberikan sumbangan kepada 18 rumah anak yatim serta 11 rumah kebajikan bukan Islam dalam tempoh PKPB.

“Sumbangan yang diberikan tidak mengira latar belakang agama dan kaum, selaras dengan dasar kerajaan ‘Selangor Negeri Smart and Caring’.

“Kita juga kini sedang merancang beberapa program untuk merapatkan hubungan dengan rumah kebajikan di seluruh Selangor pada tahun hadapan,”  katanya dalam sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra Rumah Anak Yatim dan Rumah Kebajikan Bukan Islam di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Sementara itu, Penyelia Rumah Baitul Kasih, Ummi Zahidah Zaphir Lembang berkata, bantuan yang diterima disifatkan tepat pada masanya kerana pihaknya sangat memerlukan bantuan tersebut.

Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rumah kebajikannya sukar mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak kerana tidak banyak program kebajikan yang dianjurkan seperti tahun sebelumnya.

“Kebiasaannya kita akan terima sumbangan apabila ada pihak yang menganjurkan program amal.

“Kita berharap ramai pihak dapat memberikan sumbangan kepada Baitul Kasih supaya kami dapat menjalankan aktiviti dengan lancar,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya