Remaja ditahan halang tugas penjawat awam - Utusan Malaysia

Remaja ditahan halang tugas penjawat awam

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Remaja lelaki yang dipercayai cuba menghalang tugas penjawat awam sehingga menyebabkan ibu jari kaki seorang anggota polis patah ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 19 tahun ditahan kira-kira pukul 10 malam.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun bersama dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sedang menjalankan pemantauan Op Samseng Jalanan di kawasan terbabit.

Tambah beliau, suspek bersama dua rakannya didapati menunggang motosikal secara berbahaya selain bersaing sesama sendiri sebelum menuju ke stesen minyak terbabit.

“Mangsa kemudiannya memegang bahu suspek yang sedang menunggu rakannya mengisi minyak.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran polis terpulas pendikit minyak dan menyebabkan ibu jari kiri kaki mangsa patah akibat terkena tayar belakang motosikal terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek yang tidak memiliki lesen memandu yang sah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya