Rangoli penyeri wajib Deepavali - Utusan Malaysia

Rangoli penyeri wajib Deepavali

Sinnaiah (kiri) dan isteri menunjukkan kolam berbentuk merak di ruang tamu rumah mereka sempena sambutan Deepavali kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Walaupun negara dilanda pandemik Covid-19, ia jelas tidak menjejaskan sambutan Deepavali bagi sebuah keluarga di daerah ini.

Bagi seorang pemilik restoran, A. Sinnaiah, 56, hiasan lantai tradisional ,  ‘rangoli’ atau kolam menjadi acara wajib buat mereka sekeluarga setiap kali munculnya Deepavali.

Menurutnya, penyiapan rangoli itu mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan lapan kilogram (kg) beras hancur yang telah diwarnakan menggunakan pewarna khas.

“Corak burung merak sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga setiap kali tibanya Deepavali kerana melambangkan indahnya perayaan melalui penggunaan warna yang pelbagai.

“Merak juga berkait rapat dengan agama kami (Hindu) , iaitu Deepavali membawa maksud pesta cahaya. Selain kolam, lampu dan pelita juga dipasang pada malam menjelangnya perayaan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Tambah Sinnaiah, dia dan isteri, K. Saraswathy, 51, turut mendapatkan khidmat kenalan untuk reka bentuk kolam ekoran kurang mahir.

Ujarnya, kolam itu dibiarkan sehingga dua minggu sebelum dibersihkan dan lebihan daripada beras akan dijadikan makanan burung.

“Bagi memeriahkan lagi suasana Deepavali ini, beberapa kuih tradisional disediakan seperti kuih bunga ros, maruku, denderam (peneram), halwa dan manisan yang merupakan menu wajib tiap kali tibanya perayaan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya