PSPKPBM giat laksana misi bantuan Covid-19

PSPKPBM giat laksana misi bantuan Covid-19

SHEEDA Romli (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr. Md. Razis Ramli (dua dari kanan) di HTAR, Klang hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM) akan mempergiatkan misi bantuan terutama kepada petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan Covid-19.

Misi dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meliputi penyerahan pelbagai sumbangan termasuk melibatkan penduduk yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

Timbalan Presiden II Pengurusan PSPKPBM, Datuk Sheeda Romli berkata, pihaknya sudah melaksanakan sebanyak 60 misi bantuan berkenaan di seluruh negara sejak Mac lalu.

“Kita sebelum ini menyerahkan sumbangan ribuan pelitup muka dan barangan keperluan asas kepada penduduk serta petugas barisan hadapan.

“Menyedari kini wujud gelombang ketiga Covid-19, kita akan meningkatkan usaha bantuan itu bagi meringankan beban golongan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan 100 kotak pelitup muka dan bungkusan makanan kepada Timbalan Pengarah Perubatan III HTAR, Dr. Md. Razis Ramli.

Tambah Sheeda, pihaknya turut menyalurkan sumbangan kepada hospital lain dan agensi keselamatan secara berperingkat.

“Sumbangan seumpama ini diharap dapat mengurangkan beban kos untuk membeli peralatan perubatan oleh pihak hospital,” katanya.

“Kita mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak termasuk syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan kewangan dan barangan peralatan perubatan kepada PSPKPBM,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan mengenai program sumbangan, orang ramai boleh menghubungi talian 011-63926894 atau 011-37683093. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya