Projek LRA Sungai Rasau masih dalam kajian kebolehlaksanaan - Utusan Malaysia

Projek LRA Sungai Rasau masih dalam kajian kebolehlaksanaan

Ir. Izham Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Status pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau fasa pertama masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan jurutera perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, loji tersebut berupaya membekalkan bekalan air sebanyak 700 juta liter sehari (JLH) bagi daerah Klang.

Menurutnya, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) juga akan menyediakan kajian dan dokumen terperinci berhubung spesifikasi sistem yang akan digunapakai di LRA tersebut. 

“Projek pembinaan loji ini amat penting bagi perancangan pembangunan air di Selangor untuk tempoh 30 tahun. 

“Projek ini bukan tergendala, sebaliknya kita awalkan pelaksanaan pembinaannya. Kita menjangkakan pelaksanaan pembinaan dijangka siap pada 2024,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Michelle Ng Mei Sze di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Terdahulu, Michelle bertanya berkenaan status pembinaan LRA Sungai Rasau dan tahap pelaksanaannya pada masa sekarang. 

Mengulas lanjut berkenaan pembinaan loji tersebut untuk fasa kedua, Izham yang juga merupakan ADUN Pandan Indah berkata, projek tersebut dijangka siap pada tahun 2028 untuk agihan penduduk di wilayah Petaling.

“Kerja-kerja perincian berhubung pelaksanaan pembinaan LRA ini akan bermula selepas kajian kebolehlaksanaan selesai dilakukan.

“Selain aspek teknikal, aspek kewangan juga penting yang mana kerja-kerja huluan sumber air (source works) memerlukan dana geran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” ujarnya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya