PPS di Ijok ditutup - Utusan Malaysia

PPS di Ijok ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 135 keluarga yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Toh Paduka di Ijok dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pusat itu tutup pada pukul 10.30 pagi hari ini.

Kesemua mangsa seramai 364 orang dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Batu Gelugor itu dibenarkan pulang apabila keadaan banjir di kampung mereka pulih sepenuhnya.

Penutupan PPS Masjid Toh Paduka yang dibuka pada pukul 7 petang semalam itu menjadikan hanya lima PPS sahaja yang beroperasi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, Bagan Serai merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 152 orang daripada 63 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman.

Katanya, di Kubu Gajah, terdapat 55 mangsa daripada 15 keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara.

“PPS SRAR Ngah Ibrahim di Bukit Gantang menempatkan 47 mangsa daripada 14 keluarga manakala 103 orang daripada 25 keluarga berada di PPS Dewan Semai Bakti di Felda Ijok

“Di PPS Dewan MPTI, Langkap di Sungai Manik pula kekal menempatkan 15 orang daripada lima keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya