PPS di Dewan Serbaguna MDKS dijangka ditutup petang ini - Utusan Malaysia

PPS di Dewan Serbaguna MDKS dijangka ditutup petang ini

KAWASAN Batu 7 kawasan Parit Mahang, Ijok. Selangor yang masih ditenggelami air susulan hujan lebat pagi ini. UTUSAN/NOR AZIHAN MD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields dijangka akan ditutup petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Azrel Izaidi Ahamad berkata, penutupan itu susulan banjir beransur pulih di Kampung Seri Aman dan Kampung Seri Sentosa, mukim Ijok yang menempatkan mangsa di PPS tersebut. 

Menurutnya, penutupan itu akan dibuat bergantung kepada keadaan cuaca dan juga fenomena air laut pasang besar. 

“Kita akan berbincang dengan wakil jabatan terlibat sama ada untuk menutup atau meneruskan operasi di pusat berkenaan. 

“Setakat ini, kita kena tengok keadaan cuaca, kalau hujan tidak ada penutupan PPS akan dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dua lagi pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dan SK Ijok akan terus beroperasi ekoran limpahan air masih berlaku. 

“Limpahan air dikesan di kawasan Rumah Orang Tua Jashiera dan Jalan Haji Ehsan Off Jalan Parit Mahang. 

“Oleh demikian, kesemua penghuni tidak dibenarkan pulang atas faktor keselamatan,” ujarnya. 

Terdahulu, empat kawasan dilanda banjir melibatkan Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman, sekitar Jalan Haji Ehsan, Kampung Parit Mahang dan Rumah Orang Tua Jashiera, Ijok bermula sejak Khamis lalu secara berperingkat.

Susulan itu, seramai 116 penduduk dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Banjir iaitu di SK Parit Mahang, SK Ijok dan Dewan Serbaguna MDKS Desa Coalfields. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya