BAGAN SERAI: Pusat Pemindahan Banjir (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini yang menempatkan mangsa banjir sejak 22 November lalu ditutup hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, PPS itu yang menempatkan 87 penduduk daripada 22 keluarga ditutup pada pukul 5 petang ini.
“PPS SK Changkat Lobak ditutup hari ini berikutan banjir surut di kawasan rumah penduduk dari Kampung Matang Tengah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit membantu mangsa banjir di PPS ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Kelmarin, PPS Sekolah Parit Haji Aman di sini ditutup secara setelah banjir pulih. – UTUSAN ONLINE