Polis wira barisan hadapan tidak didendang - Utusan Malaysia

Polis wira barisan hadapan tidak didendang

BEBERAPA anggota trafik IPD Kulai membantu mengalihkan guni pasir ke bahu jalan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kulai-Johor Bahru semalam. - FACEBOOK PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas sepasukan polis trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai membersihkan pasir yang bertaburan di atas jalan raya demi keselamatan orang ramai mendapat pujian netizen hari ini.

Beberapa keping gambar menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanting tulang mengalihkan guni pasir dibantu beberapa orang awam dimuatnaik Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus mendapat reaksi positif pengguna media sosial.

Menurut hantaran dalam Facebook tersebut, anggota trafik berkenaan bergegas ke lokasi bagi membersihkan pasir bertaburan di atas jalan raya disebabkan kecuaian pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan. 

“Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, sepasukan anggota PDRM bersama orang awam mengambil inisiatif membersihkan pasir yang bertaburan atas jalan raya akibat kecuaian sikap pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan di jalan tersebut.

“Syabas buat petugas barisan hadapan (frontliners) dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai Johor yang diketuai Sarjan Ruzaimie Alfred Abdullah kerana telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan dan memastikan jalan tersebut dapat digunakan semula dengan selamat,” hantaran facebook itu.

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun Facebook bernama Lim Bo berkata, bukan tugas anggota PDRM membersihkan kotoran di jalan raya dan dia mempersoalkan ke mana perginya pihak yang bertanggungjawab ke atas tindakan tersebut. 

“Tapi apa apa pun, terima kasih kepada PDRM bukan saja menjaga keamanan lalu lintas malah sanggup membantu orang awam untuk melaksanakan kerja yang di luar bidang kuasa.Terbaik PDRM, contoh terbaik kepada masyarakat yang kurang bertanggungjawab,” tulis Lim Bo. 

Seorang lagi pengguna media sosial, Wan Rohaya Wan Hussien pula terharu dengan semangat polis terlibat kerana mereka bukan sahaja berkorban tenaga demi mengekang virus Covid-19 malah membantu soal keselamatan jalan raya.

Frontliner yang begitu gigih menjalankan kewajipan inilah perwira negara. Sungguh mulia hati anggota polis trafik dari IPD Kulai ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan tuan semua. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” kata Wan Rohaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya