Polis tingkat pemantauan di kawasan pekerja asing dikuarantin - Utusan Malaysia

Polis tingkat pemantauan di kawasan pekerja asing dikuarantin

A.A Anbalagan (dua dari kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis ganja dan syabu bernilai RM51,675 dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD) Barat Daya di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis meningkatkan pemantauan di kawasan asrama yang menempatkan pekerja asing di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini yang menjalani kuarantin ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan warga asing berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan, A.A Anbalagan berkata, pemantauan berkenaan dijalankan dengan kerjasama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan mereka yang dikuarantin tidak melanggar perintah berkenaan.

“Setakat ini, tiada laporan yang diterima membabitkan pekerja warga asing berkenaan yang ingkar dengan arahan kuarantin.

“Mereka juga tidak bercampur dengan komuniti lain di kawasan tersebut dan pihak polis sentiasa menjalankan rondaan di situ,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, 199 penghuni di asrama di Jalan Kolam Ikan yang merupakan pekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas diarahkan menjalani kuarantin selepas terdapat kes positif Covid-19 dikesan di kilang tersebut.

Kilang berkenaan juga dikatakan telah menutup sementara operasi pengilangannya selama dua minggu mulai minggu lalu. 

Menurut Anbalagan, segala keperluan termasuk bekalan makanan  pekerja warga asing yang menjalani kuarantin itu dihantar oleh ejen-ejen mereka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya