Polis potong bekalan elektrik premis judi  - Utusan Malaysia

Polis potong bekalan elektrik premis judi 

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis bertindak memotong bekalan elektrik di empat premis di daerah Kuala Muda di sini hari ini kerana menjalankan kegiatan perjudian secara haram.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, operasi memotong bekalan elektrik dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu adalah bagi mengekang kegiatan tersebut daripada terus beroperasi.

“Operasi bersepadu ini dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama TNB bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari ini.

“Premis terlibat terletak di kawasan Bedong, Sungai Petani dan Tikam Batu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memutuskan bekalan elektrik di premis terlibat supaya ia tidak kembali beroperasi.

Tambahnya, jumlah tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis perjudian di daerah Kuala Muda bagi tempoh Januari lalu hingga kini membabitkan 21 buah premis berbanding tahun lalu sebanyak 43 premis.

“Polis masih mengesan premis-premis perjudian lain yang masih beroperasi di daerah ini untuk dikenakan tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya