Polis Perlis akan bincang dengan Polis Thailand dakwa penyeludup di negara ini - Utusan Malaysia

Polis Perlis akan bincang dengan Polis Thailand dakwa penyeludup di negara ini

SURINA memberi kata-kata semangat kepada anggota PGA ketika meninjau lokasi kejadian berbalas tembakan dengan penyeludup sehingga mengorbankan seorang anggota di TS9, Padang Besar, Perlis semalam.- UTUSAN/Shahir Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Polis negeri akan berbincang dengan polis Thailand bagi membawa empat penyeludup yang ditahan di negara tersebut semalam, untuk didakwa di negara ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, pihaknya sedang berusaha membawa mereka ke negara ini untuk didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya, di Thailand, mereka mungkin hanya didakwa di bawah kesalahan keluar masuk negara sahaja.

“Saya akan berjumpa dengan polis Thailand bagi membincangkan untuk membawa penyeludup terbabit ke negara ini. Mereka perlu didakwa di negara ini. Pertemuan itu akan berlangsung sebentar lagi dan apa perkembangan akan dimaklumkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, enam daripada 13 penyeludup yang terlibat dalam serangan berbalas tembakan sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekitar 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9) sudah ditahan pihak berkuasa di sini dan Thailand.

Dua penyeludup terbabit di tahan di lokasi kejadian manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand dengan tiga daripada mereka yang cedera menerima rawatan di Hospital Hatyai, Thailand.

Seterusnya, polis Perlis akan bekerjasama dengan polis Thailand bagi memburu saki-baki suspek. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya