Polis lengkapkan kertas siasatan kemalangan - Utusan Malaysia

Polis lengkapkan kertas siasatan kemalangan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kejadian kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan masih dijalankan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita tengah menyiapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dapatkan arahan tuduh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat, 20, maut selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Pemandu MPV, Lans Koperal Mohd. Fadhirul pula cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bergesel dengan kereta Perodua Myvi ketika mengejar penjenayah sebelum terbalik.

Ahad lalu, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 24 hingga 27 tahun dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kampung Melayu Seelong, Senai dan Kampung Melayu Pandan pada hari sama kemalangan berlaku. 

Kesemua mereka direman sehingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama Ayob Khan memberitahu, keadaan Mohd. Fadhirul yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) sudah semakin pulih.

Jelasnya, anggota berkenaan sudah sedar dan boleh makan makanan lembut seperti bubur.

“Alhamdulillah Mohd. Fadhirul sudah sedar dan keadaannya bertambah baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya