Polis Johor lancar Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak, Remaja

Polis Johor lancar Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak, Remaja

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor akan melancarkan Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja (Mekar) bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sejak bangku sekolah lagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini adalah program perintis di di negeri ini yang merupakan modul khusus yang merupakan kerjasama Polis Johor dengan pakar psikologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Mekar adalah usaha Ketua JPJKK Johor, Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad sejak dua bulan lalu yang tidak sempat merasmikannya (kerana bertukar ke Bukit Aman). 

“Kita akan lancarkan selepas keadaan bertukar semula kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.

Ayob Khan berharap program Mekar akan dilaksana secara konsisten di peringkat sekolah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di peringkat awal di negeri ini.

Katanya, semasa Razimi menerajui JPJKK negeri, banyak program dan langkah-langkah pencegahan jenayah dilaksanakan yang memberi kesan termasuk perspektif positif masyarakat terhadap polis.

Jelasnya, Januari hingga September lalu, jenayah indeks secara keseluruhan untuk per 100,000 penduduk, merekodkan 5,574 kes manakala nilai ambang jenayah pula 7,488 kes. 

“Ini menunjukkan kejayaan polis Johor mengurangkan indeks jenayah dengan nilai ambang sebanyak 1,914 kes.

“Jenayah kekerasan, jenayah jalanan melibatkan kes samun, jenayah harta benda, curi motosikal serta kes pecah rumah turut mencatatkan penurunan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN