Pokok kelapa hempap dapur, bilik rumah - Utusan Malaysia

Pokok kelapa hempap dapur, bilik rumah

SEBATANG pokok kelapa dengan ketinggian 9 meter tumbang dan menghempap ruang dapur serta bilik sebuah rumah di Batu 8, Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau, Seremban, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah keluarga terselamat daripada sebarang kecederaan meskipun sebatang pokok kelapa setinggi kira-kira sembilan meter tumbang dan menghempap rumah mereka dalam kejadian di Batu 8, Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, malam semalam. 

Mangsa, Siti Mariam Kassim, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu dia bersama anak-anaknya sedang makan malam sebelum dikejutkan dengan bunyi pokok tumbang.

“Ketika itu hujan lebat dan ribut, selang beberapa minit kemudian secara tiba-tiba pokok kelapa yang berada di belakang rumah saya menghempap bahagian bilik dan dapur.

“Dalam keadan cemas itu, saya bersama ahli keluarga berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari rumah tersebut,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan di Seremban.

Menurut Siti Mariam, dia bersyukur nyawa mereka sekeluarga masih panjang dan terselamat dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya bersama kekuatan enam anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.33 malam sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat pokok kelapa dengan ketinggian 30 kaki tumbang dan menghempap bahagian ruang dapur dan bilik tidur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. 

Menurut Mohd. Syazwan, anggota bomba telah membuat kerja-kerja penyelamatan khidmat khas dengan memotong dan menebang pokok kelapa tersebut dengan menggunakan peralatan menyelamat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya