Malaysia harap dapat perkukuh kerjasama dengan AS di bawah Biden - Utusan Malaysia

Malaysia harap dapat perkukuh kerjasama dengan AS di bawah Biden

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden atas kemenangan bersejarahnya dalam pilihan raya presiden AS 2020.

Menurut Perdana Menteri, perkongsian komprehensif AS-Malaysia terus menjadi kerangka utama kerjasama proaktif dalam pelbagai aspek antara kedua-dua negara. 

Justeru, kata Muhyiddin, Malaysia berharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama di bawah kepemimpinan Joe Biden ketika masyarakat antarabangsa berusaha menangani banyak cabaran global, termasuk kesan buruk pandemik Covid-19.

“Malaysia mengikuti rapat proses pemilihan di negara berkenaan  dan pengundi telah memilih calon Demokrat itu sebagai Presiden AS ke-46 atas sokongan visi kepemimpinannya. 

“Sebagai negara yang sedang berkembang pesat, Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan AS. Saya doakan kejayaan Joe Biden dalam kepimpinannya dan berharap dapat bertemu dengan beliau secara peribadi apabila ada peluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Joe Biden memperoleh 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral, sekali gus mengangkat beliau sebagai Presiden AS ke-46. 

Keputusan itu menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya