PKPD ILKKM terkawal - Utusan Malaysia

PKPD ILKKM terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penguatkuasaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sehingga kini terkawal.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kawalan lebih mudah jika dibandingkan di Kampung Dato Ibrahim Majid, Kluang, Mac lalu.

AYONB KHAN MYDIN PITCHAY

Beliau berkata penguatkuasaan di ILKKM tidak memerlukan pegawai dan anggota polis yang ramai kerana berada di kawasan berpagar. 

Jelasnya, penguatkuasaan PKPD lebih mudah kerana kawasan berkenaan hanya mempunyai satu atau dua pintu keluar masuk sahaja.

“Saya boleh katakan kawalan itu mudah sebab ILKKM ini satu kawasan berpagar, bukan kawasan melibatkan tempat terbuka yang banyak pintu masuk. 

“ILKKM ini tidak seperti Kampung Dato Ibrahim Majid yang melibatkan satu kampung yang luas. Institusi latihan ini hanya ada satu atau dua pintu dan berpagar sekeliling, kita tidak perlu ramai anggota dan pegawai untuk menguatkuasakan PKPD,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPD ILKKM bermula sejak semalam hingga 16 November ini melibatkan seramai 1,559 orang yang terdiri daripada pelatih, kakitangan serta ahli keluarga serta pekerja sokongan ILKKM.

PKPD ini termasuk dalam Kluster Kempas, yang mencatat kumulatif kes positif sebanyak 54 yang membabitkan lapan orang rakan sekerja, 21 orang ahli keluarga mereka, 11 rakan sekerja ahli keluarga mereka, 13 orang pelajar dan seorang ahli keluarganya, setakat semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya