PKPB: Sidang DUN Terengganu dipendekkan kepada dua hari - Utusan Malaysia

PKPB: Sidang DUN Terengganu dipendekkan kepada dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 yang dijadualkan pada 23 hingga 26 November ini akan dipendekkan kepada dua hari. 

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, langkah itu selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) di negeri ini selama empat minggu bermula 9 November lalu. 

Katanya, persidangan kali ini berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk mengutamakan soal penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka. 

Di samping itu, katanya, kehadiran terhad kepada wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan tanpa pemerhati. 

“Agenda hari pertama dimulakan dengan sesi soal jawab lisan diikuti pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum sidang ditangguhkan. 

“Hari kedua diteruskan dengan perbahasan Belanjawan 2021 dan ucapan penggulungan yang dihadkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini. 

Menurut Yahaya, jika wujud keperluan, usul akan dibuat untuk melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari terakhir itu sehingga selepas pukul 5 petang. 

Berdasarkan rekod, Terengganu memiliki 33 ADUN termasuk seorang ADUN Wanita.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya