PKPB: Sidang DUN Kedah diteruskan - Utusan Malaysia

PKPB: Sidang DUN Kedah diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimulakan dengan pembentangan Belanjawan Kedah 2021 pada 15 November ini akan diteruskan walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Speaker DUN, Juhari Bulat berkata, bagaimanapun sidang tersebut akan dilangsungkan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Sidang akan berjalan selama lima hari mulai 15 hingga 19 November ini dari pukul 8.30 pagi hingga 1 petang.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah melakukan ujian saringan Covid-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum bersidang dan keputusan dilampirkan di pintu masuk DUN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya