PKPB: Nikah di masjid kariah masing-masing  - Utusan Malaysia

PKPB: Nikah di masjid kariah masing-masing 

PASANGAN di Melaka hanya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di masjid kariah masing-masing yang berada dalam zon hijau atau Pejabat Agama Islam Daerah. UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasangan di negeri ini hanya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di masjid kariah masing-masing yang berada dalam zon hijau atau di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu berkuat kuasa sepanjang tempoh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan bermula esok hingga 6 Disember depan.

Pengarahnya, Datuk Md. Azhan Samat berkata, bagi kawasan yang terjejas sama ada dalam zon kuning, jingga dan merah, segala urusan pernikahan hanya dibenarkan di PAID dengan menghadkan hanya lapan orang sahaja dibenarkan hadir bagi satu pernikahan.

“Mereka yang dibenarkan wali, jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua orang saksi satu wakil ahli keluarga pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan.

“Majlis dilaksanakan dalam tempoh 20 minit sahaja termasuk bacaan khutbah dan lafaz taklik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelasnya, sebarang pertukaran barang hantaran dan jamuan tidak dibenarkan pada majlis pernikahan itu dan ia perlu mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya