Pfizer hargai kepercayaan Malaysia - Utusan Malaysia

Pfizer hargai kepercayaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia dan BioNTech SE memeterai perjanjian dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membekalkan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bergantung kepada kejayaan dan peraturan klinikal kelulusan.

Menurut Pengurus Negara Pfizer, Luksanawan Thangpaibool bekata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dengan menyalurkan sumber-sumber ilmiah dan pembuatan vaksin Covid-19 untuk negara ini.

Dalam menghadapi krisis kesihatan global itu, katanya, tujuan syarikatnya dalam tindakan segera penghasilan vaksin adalah demi mengubah kehidupan pesakit.

“Namun, semuanya bergantung kepada kejayaan klinikal dan peraturan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Malaysia atas dukungannya dan menaruh kepercayaan kepada kemampuan kami untuk mengembangkan vaksin yang kami percaya berpotensi  membantu mengatasi ancaman pandemik global ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ketua Perniagaan dan Ketua Pegawai Komersial di BioNTech, Sean Marett pula memberitahu, matlamat syarikatnya juga mewujudkan bekalan global vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan untuk lebih ramai orang di seluruh dunia secepat mungkin. 

Pfizer dan BioNTech menjangkakan untuk menghasilkan sehingga 50 juta dos vaksin secara global pada tahun ini dan sehingga 1.3 bilion dos pada tahun 2021. 

Menjelang tahun depan, kedua-dua syarikat itu mahu memenuhi kuantiti dengan menghasilkan bekalan  mencukupi untuk ujian klinikal fasa dua dan tiga.

Kedua-dua syarikat itu komited untuk mengembangkan vaksin baharu itu dengan data praklinikal dan klinikal.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Malaysia akan mendapatkan bekalan awal vaksin Covid-19 daripada syarikat  farmaseutikal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung  keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN