Petani lega wujud Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian  - Utusan Malaysia

Petani lega wujud Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian 

SAMSOLBARI Jamali (empat dari kanan) melawat Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Kluang di Taman Berlian, Kluang.-UTUSAN/ Mohamad Fahd Rahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Kewujudan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian yang dirintis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dilihat sebagai saluran terbaik kepada petani memasarkan hasil tanaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, usaha itu dibuktikan melalui hasil jualan mencecah RM452,738.85 sejak pusat ini beroperasi bermula April sehingga Oktober.

Katanya, pusat ini adalah satu platform terbaik khususnya ahli pertubuhan peladang di peringkat akar umbi.

“Apa dilakukan oleh PPK Kluang ini selari dengan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan sektor pertanian pada tahun hadapan yang secara dasarnya amat memberangsangkan.

“Saya keyakinan bahawa soal pasaran produk mereka tidak akan menjadi masalah namun apa yang penting adalah penyediaan barang-barang jualannya kerana kita mempunyai konsep “Ada barang Ada pasaran”, katanya.

Samsol Bari berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Kluang di Taman Berlian disini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Kluang, Mohd Hafiz Azmi berkata, pusat itu mula bergerak secara aktif dalam usaha membantu petani-petani memasarkan hasil tanaman mereka ketika negara mula dilanda pandemik Covid-19 pada awal tahun ini.

Katanya, salah satu perkhidmatannya adalah berperanan mengumpul, menggred dan memasarkan hasil kepada pasar raya, kedai runcit serta pasar awam di dalam daerah ini.

“Sasaran PPK Kluang adalah untuk menjadikannya agar aktiviti pemasaran ini dapat diperluaskan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga tani di Johor,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya