Pesawah rugi RM30,000 diperdaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Pesawah rugi RM30,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pesawah kerugian RM30,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon seorang lelaki menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Cyber Jaya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Elias Omar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu menerima panggilan suspek ketika berada di rumahnya di Tikam Batu di sini kira-kira pukul 11.55 pagi.

“Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Khairul Anuar dan mengaku sebagai pegawai LHDN cawangan Cyber Jaya.

“Suspek memberitahu mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM39,800.90 setelah nama mangsa disalahgunakan individu lain dalam pendaftaran sebuah syarikat di Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seterusnya talian mangsa telah disambungkan kepada rakan sindiket yang menyamar sebagai anggota polis Kuantan untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya