Pesakit paling lama di Malaysia, 108 hari dan 98 hari - Utusan Malaysia

Pesakit paling lama di Malaysia, 108 hari dan 98 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang warga asing menjadi pesakit Covid-19 paling lama menerima rawatan di negara ini iaitu melibatkan tempoh 108 hari keberadaannya di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi seorang lagi pesakit warga Malaysia pula, tempoh paling lama pesakit tersebut menerima rawatan di hospital ialah 98 hari.

Menurutnya, kedua-dua pesakit tersebut mempunyai komplikasi sekali gus memerlukan tempoh rawatan yang panjang terhadap mereka.

“Kedua-duanya telah dibenarkan pulang tetapi jangka masa diambil iaitu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi serta wad biasa memakan masa.

“Ini kerana komplikasi yang berlaku semasa dirawat di hospital dan paling ketara jangkitan kuman bukan hanya Covid-19 tetapi terdedah kepada kuman lain seterusnya organ tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengalaman pihaknya mengendalikan kes pesakit paling lama menerima rawatan di fasiliti hospital Kementerian Kesihatan.

Ia susulan daripada laporan media antarabangsa membabitkan pesakit Covid-19 di Britain yang menerima rawatan di hospital selama 222 hari.

Menerusi laporan tersebut, Ali Sakallioglu, 56, yang disifatkan sebagai pesakit Covid-19 paling lama di Britain menerima rawatan rapi berikutan koma selepas dijangkiti Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya