Pesakit Covid-19 lari dari hospital dijumpai semula - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 lari dari hospital dijumpai semula

PESAKIT Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River dijumpai semula hari ini. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River dekat sini ditemukan di kawasan Bandar Baru berhampiran stesen minyak Petronas Slim River di sini hari ini.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun itu dijumpai pada pukul 6 petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai tindakan lelaki itu melarikan diri dari hospital pada pukul 4.48 petang.

Katanya, lelaki terbabit merupakan pesakit yang memakai gelang positif Covid-19 berwarna biru muda.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River.

“Maklumat terkini hasil saringan Covid-19 terhadap lelaki tersebut disahkan negatif dan dia akan dibenarkan keluar hospital esok,” katanya.

Menurut beliau, semakan rekod jenayah oleh pihak polis mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya