Permint Granite Sdn. Bhd. sumbang RM1 juta bagi bantuan banjir - Utusan Malaysia

Permint Granite Sdn. Bhd. sumbang RM1 juta bagi bantuan banjir

WAN Mohd Hafizul Nik Anuar, 32, mengangkat meja untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi sambil diperhatikan anaknya ekoran banjir kilat pada malam ini di Kampung Binjai, Chendering semalam. Gambar Puqtra Hairry.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Permint Granite Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM1 juta bagi membantu rakyat yang terjejas banjir menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

Penyerahan bantuan disampaikan Pengerusinya, Che Ghani Ambak kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di wad Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman.

Che Ghani berkata, pemberian sumbangan itu selaras dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam meringankan beban rakyat ketika berdepan musibah banjir.

“Kami terpanggil untuk membantu rakyat yang ditimpa kesusahan menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

“Dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih berpanjangan ini, mudah-mudahan bantuan kami dapat melegakan mereka yang terjejas dalam bencana banjir,” katanya kepada pemberita.

Menurut Che Ghani, sebelum ini pihaknya turut menyumbangkan RM1 juta untuk Tabung Covid-19 negeri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya