Perlu perbanyakkan pusat kuarantin Covid-19 - Utusan Malaysia

Perlu perbanyakkan pusat kuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Langkah membenarkan pesakit bergejala Covid-19 menjalani kuarantin dan rawatan di rumah bakal membuka risiko jangkitan lebih tinggi dalam kalangan ahli keluarga walaupun pelbagai langkah diambil bagi menghalangnya.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, kerajaan perlu memperbanyakkan pusat kuarantin bagi menempatkan pesakit Covid-19 berisiko rendah dan tidak bergejala berbanding ditempatkan di rumah masing-masing.

“Oleh itu, pesakit perlu ditempatkan di pusat kuarantin yang ditetapkan dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan atau skim MySalam terutamanya golongan yang tidak berkemampuan.

“Kita menganggap walaupun ada pesakit yang tidak bergejala, ahli keluarga yang berada di rumah terutama warga emas, kanak-kanak dan bayi berisiko dijangkiti wabak berbahaya itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sehingga semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan angka empat digit iaitu 1,054 kes selain mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes sejak pandemik itu melanda negara.

Dalam pada itu, Akmal menambah, trend peningkatan kes di negara ini sejak beberapa hari lalu membimbangkan dan ia selari dengan pertambahan jumlah kes dan kematian Covid-19 di seluruh dunia. 

Jelasnya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilanjutkan sehingga 9 November ini diterima baik namun ia perlu diperketatkan lagi demi keselamatan rakyat.

“Kementerian Kesihatan perlu dibantu bukan sahaja untuk merawat pesakit, tetapi juga bantu mereka mengawal jangkitan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya