Perkeso sumbang bekalan pampers terputus sejak 2018  - Utusan Malaysia

Perkeso sumbang bekalan pampers terputus sejak 2018 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyumbangkan bekalan pampers kepada penduduk di Kampung Bernaung, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun bantuan yang disumbangkan tidaklah sebesar mana, namun, usaha itu berjaya mengakhiri kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang penduduk yang kurang keupayaan untuk berjalan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tampil membantu seorang penduduk dengan menyumbangkan bekalan pampers yang terputus sejak dua tahun lalu. 

Presiden Ikatan Anak Mersing, Johor, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, abang penerima bantuan PERKESO itu memaklumkan bekalan pampers adiknya terputus dan hingga kini belum mendapat ihsan dari mana-mana pihak sehingga Perkeso hadir menghulur bantuan. 

“Ketika lawatan dalam program Ziarah Kasih Ikatan Anak Mersing, abang penerima bantuan ini memaklumkan bekalan pampers adiknya sudah terputus sejak 2018. 

“Jadi, Ikatan Anak Mersing mengambil inisiatif menghubungi pihak Perkeso dan hasilnya mereka terus menyelesaikan permasalahan ini dan terus menyalurkan kembali bekalan pampers serta bersetuju membuat bayaran balik untuk pembelian pampers sejak 2018,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya semalam. 

Dalam pautan itu, Muhammad Syukri bersyukur kerana Perkeso menyambut baik aduan yang dikemukakannya sebelum ini. 

“Semoga usaha kecil dari Ikatan Anak Mersing dapat memberi sedikit sinar buat keluarga ini,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya