Perbadanan Putrajaya menang Anugerah Kejiranan Hijau 2020 - Utusan Malaysia

Perbadanan Putrajaya menang Anugerah Kejiranan Hijau 2020

PERBADANAN PUTRAJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laluan basikal dan pejalan kaki yang diiktiraf pelbagai pihak sebagai selamat dan selesa melonjak Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi meraih Anugerah Kejiranan Hijau 2020.

Agensi itu menang kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf majlis bandar raya pada program sempena dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan.

Acara tahunan yang julung kali diadakan secara maya dari Palm Garden Golf Club di sini itu turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Kejayaan PPj yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 itu hasil inisiatif pembangunan projek dijalankan di Presint 8 apabila menepati penilaian panel anugerah.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang di Selangor diumumkan juara PBT untuk kategori bertaraf perbandaran menerusi penyertaan dalam projek di Bandar Baru Salak Tinggi.

Bandar Baru Kampar dilaksanakan Majlis Daerah Kampar pula menang bagi PBT kategori bertaraf daerah dan kedua-dua agensi itu turut menerima hadiah dengan nilai yang sama.

Dalam pada itu, turut diumumkan ialah pemenang kategori perumahan bertanah disandang oleh Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Al-Husna, Seksyen 20 di Shah Alam, Selangor.

Juara perumahan bertingkat ialah KRT Perumahan Awam Seri Perlis 2 di Kuala Lumpur dan pemenang kampung dalam bandar ialah Surau Kampung Tersusun Batu Putih di Kampar, Perak.

Kategori kampung luar bandar diraih Mohd. Hazwan Mohd. Jalani dari Kampung Sementa, Kapar, Klang, Selangor yang turut diumum menang Anugerah Khas Ikon Green Lifestyle. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya