Perak tangguh solat Jumaat zon merah Covid-19 - Utusan Malaysia

Perak tangguh solat Jumaat zon merah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melaksanakan garis panduan solat Jumaat dan fardu di seluruh masjid di negeri Perak dilaksanakan mengikut zon.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrulazam Shaari berkata, ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan.

Katanya, bagi zon merah, solat Jumaat ditangguhkan dan diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing manakala solat berjemaah pada setiap solat fardu hanya boleh dilaksanakan enam orang jemaah terdiri daripada kalangan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah.

“Laungan azan solat fardu lima waktu hendaklah diteruskan seperti biasa di setiap zon dan pengumuman selepas azan dibuat untuk memaklumkan ahli kariah mendirikan solat berjemaah bersama ahli keluarga masing-masing di rumah.

“Semua aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah pengajian antara Maghrib dan Isyak serta selepas solat Subuh, tahlil doa selamat dan sebagainya bagi zon merah ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya