Penternak berputih mata 40,000 ekor ikan hanyut - Utusan Malaysia

Penternak berputih mata 40,000 ekor ikan hanyut

Norimi Jusoh menunjukkan sangkar ikan miliknya yang musnah akibat banjir di Kampung Darat Teladas, Air Putih di Kemaman, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Banjir teruk yang melanda Kampung Darat Teladas, Air Putih di sini menyebabkan empat penternak berputih mata selepas lebih 40,000 ekor ikan air tawar yang diusahakan mereka musnah dihanyutkan air, semalam.

Seorang penternak, Norimi Jusoh, 46, berkata, kejadian yang pertama kali menimpa sepanjang lapan tahun mengusahakan ternakan tersebut turut mengakibatkan mereka kerugian hampir RM200,000 berikutan sangkar yang musnah selain ikan mati dan hanyut.

“Saya hanya mampu tengok ternakan ikan saya musnah, tidak tahu hendak cakap apa lagi, bukan hanya ikan tetapi habis semua sangkar.

“Antara ikan yang diternak ialah lampam, patin dan tilapia dengan kesemuanya mendapat permintaan tinggi terutama ketika musim tengkujuh kerana nelayan kurang ke laut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Norimi berkata, kawasan penternakan ikan sangkar mereka tidak pernah ditenggelami air walaupun banjir melanda kampung tersebut.

Bagi Mohamad Sulong, 40, kejadian banjir semalam disifatkan sangat luar biasa dan mengejutkan penternak ikan lain.

Dia yang terlibat dengan penternakan ikan sangkar sejak tahun lalu lalu sedikit kecewa dan sedih kerana telah mengeluarkan modal yang banyak.

“Tetapi hendak buat macam mana, sudah takdir jadi begini, namun saya berharap kejadian ini tidak berulang dan semoga kerajaan dapat meembantu meringankan masalah kami,” katanya- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya