Penoreh getah didakwa ugut ibu guna parang  - Utusan Malaysia

Penoreh getah didakwa ugut ibu guna parang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Penoreh getah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengugut ibunya menggunakan sebilah parang dalam kejadian kelmarin. 

Tertuduh, Fadzir Mohd. Zamhari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan ibu kandungnya, Fatimah Mat Ali, 68, dengan memegang sebilah parang.

Tertuduh didakwa mengacukannya ke perut mangsa dengan niat untuk menakutkannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar di sini pada pukul 6 pagi 17 November lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Siti Hanida Abdul Kadir.

Tertuduh diwakili peguam bela, Norizawani Ahmad Jalaludin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). 

Siti Hanida menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Namun, Norizawani yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan tertuduh sebagai penoreh getah hanya RM20 sehari.

Rohaida bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tertuduh dan mangsa tinggal serumah sebelum menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya