Penjenayah kecundang sebelum sempat pecah masuk rumah - Utusan Malaysia

Penjenayah kecundang sebelum sempat pecah masuk rumah

SEORANG suspek jenayah yang cuba pecah masuk rumah menerusi bumbung cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bertam, Taman Daya, Johor Bahru semalam.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penjenayah melakukan lagak pelakon aksi ngeri ketika cuba melarikan diri dari bumbung sebuah kediaman di Taman Daya selepas dikesan memecah masuk premis berkenaan.

Namun, percubaan lelaki itu melarikan tidak berjaya apabila dia terjatuh hingga mengalami kecederaan dan dia kemudiannya berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata,  suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Bertam, Taman Daya dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 2 pagi semalam.

Katanya, pihak menerima  mendapat maklumat daripada orang awam berlaku kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Taman Setia Indah di kejarkan ke lokasi sebelum melihat suspek di atas bumbung kediaman.

“Suspek kemudian terjatuh daripada bumbung berkenaan ke kawasan tempat meletak kenderaan rumah itu sebelum ditahan polis sejurus kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Padzli, siasatan dibuat mendapati tiada sebarang barangan curi dimiliki suspek ketika ditahan dan suspek yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semakan rekod mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau dan satu rekod berkaitan kesalahan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN