Penjawat awam NS terima BKK setengah bulan gaji - Utusan Malaysia

Penjawat awam NS terima BKK setengah bulan gaji

AMINUDDIN Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2021 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penjawat awam di Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan khas tersebut akan dibayar selewat-lewatnya minggu kedua Januari tahun depan.

“Kerajaan mengambil maklum akan penyusutan hasil negeri tahun ini berbanding prestasi cemerlang tahun lalu. Namun, bak kata bidalan ‘duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang, dalam air kita berenang, cetek air kita bercebok’.

“Diharapkan bantuan khas ini akan memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam di samping membantu merangsangkan aktiviti ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2021 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya