ISKANDAR PUTERI: Semua penjawat awam negeri menerima khabar gembira apabila mereka menerima bantuan khas kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.
Katanya, bantuan itu akan dibayar sebelum akhir tahun 2020.
“Penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor turut menerima Bantuan Khas Kewangan tersebut.
“Bantuan Khas Kewangan itu juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA, petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ),” katanya. -UTUSAN ONLINE