Peniaga pasar kecewa tidak dibenar berniaga - Utusan Malaysia

Peniaga pasar kecewa tidak dibenar berniaga

MOHD. Aris Sulaiman berdiri di atas tapak pasar pagi Jumaat dan pasar malam Ahad di Jalan Paip, Meru Klang Selangor hari ini. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Peniaga pasar di Jalan Paip Meru meluahkan rasa kecewa apabila mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan asrama pekerja kilang Top Glove Sdn.Bhd. 

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor Cawangan Meru Kapar, Mohd.Aris Sulaiman, penutupan sementara pasar malam Ahad dan pagi Jumaat oleh pihak berkuasa tempatan amat mengecewakan para peniaga.

“Penutupan ini amat menyedihkan dan menyusahkan para peniaga. Seramai lebih 130 peniaga pasar pagi Jumaat dan 150 peniaga pasar malam Ahad tidak dapat mencari rezeki seperti biasa.

“Sebelum ini peniaga terpaksa berniaga secara bergilir sebanyak dua kali sebulan, namun, sejak 13 November lalu kami langsung tidak boleh berniaga disebabkan arahan PKPD bermula 17 hingga 30 November ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd.Aris berkata, PKPD mungkin tidak akan diumumkan jika pihak berkuasa mengambil tindakan pantas mengekang pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja syarikat tersebut apabila terdapat beberapa kes positif dikesan.

Jelasnya, Covid-19 dalam kalangan pekerja menyebabkan semua penduduk Meru menjadi susah disebabkan pekerja-pekerja dan kontak rapat mereka bebas ke sana sini di kawasan pekan hingga menyebabkan jangkitan menjadi tiga angka.

“Sekiranya pihak berkuasa hendak menutup operasi, sewajarnya kilang tersebut juga ditutup begitu juga kedai-kedai di kawasan kilang dan asrama pekerja.

“Namun, apa berlaku sebaliknya apabila peniaga tidak dibenarkan berniaga dan terpaksa menempuhnya sebanyak dua kali,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di asrama pekerja kilang tersebut bermula sehingg 30 November hadapan.

Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 215 kes positif Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya