KUALA LUMPUR: Walaupun jumlah peniaga dijangka bertambah berikutan kewujudan zon bebas niaga di sekitar Wilayah Persekutuan, para peniaga lama tidak menganggap ia satu masalah kepada mereka. Apa yang membimbangkan mereka adalah kekurangan pelanggan dan pendapatan sehingga memberi bebanan untuk membayar gaji pekerja. Tinjauan Utusan Malaysia ke Bazar Jalan Melayu, di sini semalam mendapati, para peniaga yang sudah lama menapak di situ menyambut usaha mewujudkan zon bebas niaga tersebut. Peniaga tudung, Liyana Abd. Nasir, 31, berkata, ia adalah langkah yang baik untuk memberi peluang kepada mereka yang kehilangan kerja meskipun ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya