Pengusaha orkid rugi kesan Covid-19 - Utusan Malaysia

Pengusaha orkid rugi kesan Covid-19

Abdullah Mohamed menunjukkan bunga orkid yang terdapat ditapak jualannya di Kampung Pulai Sebatang, di Pontian di sini, baru-baru ini. – UTUSAN/Muhammad Zikri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penutupan pintu sempadan Johor dan Singapura akibat penularan Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga runcit, malah juga pengusaha bunga orkid apabila sama menerima tempias kerana tidak lagi menerima kehadiran pengunjung dari Seberang Tambak.

Pengusaha bunga orkid, Abdullah Mohamed, 71, berkata, tanpa kehadiran peminat orkid dari Singapura, pendapatan bulanan juga merosot dan kini hanya bergantung kepada pembeli tempatan sahaja.

Katanya, industri bunga orkid yang dimulakan pada 2013 dan mempunyai 300 hingga 400 jenis orkid dalam serta luar negeri sebelum ini meraih pendapatan kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 sebulan, sebaliknya kini sekitar RM2,000.

“Dengan usia yang semakin lanjut, tiada pekerjaan lain yang boleh dilakukan namun demi tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih menuntut, saya teruskan usaha ini walaupun dalam keadaan sukar ini.

“Itu sahaja saya mampu buat, asalkan dapat pendapatan bulanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di kebun orkidnya di Kampung Pulai Sebatang di sini, baru-baru ini.

Kata Abdullah, bagi memperluaskan pasaran bunga orkidnya itu ke seluruh negara, dia turut ‘turun padang’ ke bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah untuk menjualnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya