Pengusaha kilang kopi rugi RM88,379  - Utusan Malaysia

Pengusaha kilang kopi rugi RM88,379 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lelaki warga emas yang merupakan pengusaha kilang kopi mengalami kerugian sebanyak RM88,379.94 akibat diperdaya seorang wanita, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa yang berusia 63 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Nurhidayah.

“Wanita itu memaklumkan bahawa dia tersilap mendaftar nombor telefon mangsa pada akaun Go Payz miliknya.

“Suspek kemudian meminta mangsa memaklumkan nombor kata laluan sekali guna (OTP) atau Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterima bagi tujuan mengemas kini akaun Go Payz tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, warga emas itu yang menetap di Yan dekat sini seterusnya mendedahkan semua nombor OTP/TAC yang diterima kepada wanita berkenaan.

“Kemudian, pada hari sama, pihak bank telah menghubungi mangsa bertanyakan mengapa berlaku banyak transaksi pindahan wang daripada akaun miliknya ke dalam akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.

“Mangsa berasa sangsi dan terus membuat semakan dengan pihak bank sebelum mendapati berlaku 33 kali transaksi pindahan wang daripada akaunnya melibatkan kerugian sebanyak RM88,379.94,” ujarnya.

Elias berkata, mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Yan pada hari yang sama.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN