Pengusaha bas berhutang RM1b dengan syarikat kredit - Utusan Malaysia

Pengusaha bas berhutang RM1b dengan syarikat kredit

MOHD. Rofik Mohd. Yusuff (duduk, tiga dari kiri) dalam sidang akhbar Gabungan Bas Malaysia dekat sini hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak Gabungan Bas Malaysia mendakwa kira-kira 40,000 pengusaha bas di negara ini sedang menanggung hutang lebih RM1 bilion dengan syarikat-syarikat kredit.

Menurut Presidennya, Mohd. Rofik Mohd. Yusuff, setiap pengusaha bas mempunyai anggaran 100 buah bas dan setiap bas berhutang dengan syarikat kredit kira-kira sebanyak RM500,000.

Katanya, semua pengusaha bas kini berada dalam keadaan tersepit kerana tidak dapat membayar hutang tersebut kerana tiada mempunyai pendapatan ketika ini.

“Majoriti daripada kami menangguh pembayaran sejak bulan April tahun ini dan ada juga sejak awal Januari kerana tiada pendapatan berikutan penularan wabak Covid-19.

“Boleh kata 80 peratus daripada pengusaha bas meminjam dengan syarikat kredit dan bukan bank,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri wakil persatuan bas dari setiap zon di negara ini.

Tambah Mohd. Rofik, pada mulanya syarikat kredit turut memberikan moratorium kepada pengusaha-pengusaha bas namun kini tidak lagi.

“Namun selepas kerajaan mengumumkan lanjutan moratorium, hanya pihak bank sahaja yang menawarkan sebaliknya tidak bagi pihak syarikat kredit. Kami tertekan dan tersepit kerana diganggu pihak syarikat kredit yang menuntut hutang.

“Pengusaha-pengusaha bas memang mahu menjelaskan hutang tetapi pada waktu sekarang kami tiada pendapatan kerana perniagaan kami tak jalan,” tambahnya.

Sementara itu, jelas Mohd. Rofik, pihaknya merayu kepada kerajaan untuk membantu dan memberikan tumpuan kepada golongan pengusaha bas menerusi Bajet 2021. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya