Penghantar air batu cemas 15 minit terperangkap dalam lif - Utusan Malaysia

Penghantar air batu cemas 15 minit terperangkap dalam lif

Anggota bomba mengumpil pintu lif bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap di dalam lif .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang penghantar air batu berdepan detik cemas apabila terperangkap selama 15 minit di dalam sebuah lif di sebuah flat di Taman Skudai Baru semalam. 

Dalam kejadian itu, lelaki warga Nepal berusia 24 itu dalam perjalanan turun daripada bangunan tersebut setelah menghantar air batu ke sebuah premis di sana.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan bangunan itu kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, sejurus panggilan diterima, pihaknya menggerakkan sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai ke lokasi kejadian. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki telah terperangkap di dalam lif bangunan enam tingkat itu. 

“Mangsa dipercayai telah terperangkap di dalam lif kira-kira 15 minit di tingkat satu bangunan tersebut. 

“PKO bertindak membuka pintu lif dengan menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa. Mangsa berjaya diselamatkan kira-kira 15 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Operasi menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lif itu ditamatkan kira-kira pukul 4.30 petang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya