Pengerang dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Pengerang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Sebanyak 15 buah rumah di Kampung Jawa Pengerang di sini dinaiki air akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi dalam satu kenyataan berkata, pihak Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.45 petang dari orang awam yang memaklumkan berlaku banjir kilat.

“Pasukan penyelamat telah diarahkan ke lokasi untuk pemantauan dan bantuan awal. Banjir kilat berlaku akibat hujan lebat selama dua jam.

“Punca kawasan dinaiki air disyaki akibat sistem perparitan yang tidak sistematik. 

“Bagaimanapun air banjir sudah surut sepenuhnya di kawasan yang terjejas dan tidak memerlukan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk dibuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut kenyataan itu turut memaklumkan tiada kenaikan air berlaku di Taman Aman susulan hujan lebat petang tadi.

Bagaimanapun penduduk di kawasan itu diminta berjaga-jaga berikutan taman berkenaan merupakan antara kawasan yang mudah dinaiki air jika berlaku hujan berterusan ditambah dengan fenomena air pasang besar.

“Keadaan cuaca ketika ini berada dalam keadaan baik namun kita akan sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi-lokasi yang dikenal pasti mudah dinaiki air ini,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya