Penganggur dikurung, dipukul ah long - Utusan Malaysia

Penganggur dikurung, dipukul ah long

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 26 tahun melalui pengalaman menakutkan selepas dikurung sehari oleh ah long di dalam sebuah rumah di Taman Delima, Sungai Petani, Kedah, Jumaat lalu kerana gagal melunaskan hutang.

Malah, mangsa yang merupakan penganggur turut didakwa diikat dan dipukul anggota sindiket ah long berkenaan selepas gagal membayar hutang berjumlah RM3,000 selain melanggar syarat pinjaman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komsioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ah long berkenaan mengugut abang mangsa supaya membayar RM1,500 jika mahu adiknya dilepaskan.

“Selepas berbincang, suspek memberitahu hutang tersebut dianggap selesai sekiranya abang mangsa membayar RM2,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, sebaik sahaja menerima laporan kejadian itu, pihaknya menjalankan Op Cantas Vulture sehari kemudian dan menyerbu rumah lelaki itu.

Dia ditahan kira-kira pukul 4.30 petang.

Selain menyelamatkan mangsa, operasi sama turut menahan lima lelaki sindiket ah long berkenaan yang berusia 23 hingga 37 tahun di rumah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan, Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berjadual 1958. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya