Penganggur didakwa bunuh bapa - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa bunuh bapa

Tan Chee Meng dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh bapanya di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Jelebu, minggu lalu.- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya di Rumah Murah Simpang Pertang, Jelebu, minggu lalu.

Tan Chee Meng, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Naziah Mohd. Alias.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tangan bergari dan menaiki kereta polis.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Chee Meng didakwa membunuh Tan Yin Fah, 59, menggunakan sebilah pisau di Rumah Murah Simpang Pertang, Jelebu pada pukul 9.30 pagi, 18 November 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunos manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 21 Januari 2020 di Mahkamah Majistret Jelebu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan melaporkan gara-gara ditegur leka bermain telefon bimbit, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Rumah Murah Simpang Pertang, Jelebu pada 18 November lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut ditempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya