Pengamal media dilarang memasuki Parlimen - Utusan Malaysia

Pengamal media dilarang memasuki Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-15 mesyuarat ketiga sidang Dewan Rakyat hari ini, beberapa pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan Parlimen.

Pengawal keselamatan dan anggota polis yang bertugas memaklumkan, setiap wartawan atau jurugambar perlu membuat ujian saringan Covid-19 setiap dua minggu.

Rata-rata pengamal media yang tidak dibenarkan masuk telah membuat ujian berkenaan pada 30 Oktober lalu dan masih menggunakan keputusan terbabit sehingga kini.

Jika benar, semua wartawan atau jurugambar perlu membuat ujian saringan setiap dua minggu, mengapa pula ada yang dibenarkan memasuki Parlimen semalam, meskipun menggunapakai keputusan daripada ujian yang telah lebih tiga minggu.

Semalam, Dewan Rakyat ‘kecoh’ sebentar apabila terdapat ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa tidak menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan hadir pada persidangan.

Beliau ialah Datuk Dr. Jeffery Kitingan (STAR-Keningau) yang telah pulang ke Sabah untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 November lalu.

Antara yang bangun membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said ialah Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan-Sepanggar).

Tindakan drastik terhadap pengamal media itu dipercayai dilaksanakan susulan kekecohan yang berlaku semalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya